Sunday, May 20, 2012

Mukadimah


Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan sekalian alam, selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw juga kepada keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

ahlan wasahlan pada semua, di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada semua hadirin yang sudi membuka blog ni. Semoga kita semua dapat manfaat bersama atas kehadiran blog yang tak seberapa ini. Mungkin kehadiran blog ni menjadi pemangkin dalam perkongsian ilmu, berdiskusi, membina ukhwah, berkongsi pandangan dan menjana ekonomi ummah.

Pada semua pembaca budiman, dialu-alukan berkongsi ilmu dan maklumat, membuat penambahbaikan bersama, memberi cadangan serta menjalinkan ukhwah bersama. Menghubungkan tali silaturrahim itu amatlah sangat besar ganjarannya, sebagaimana agama kita yang suci ini menggalakkan bertolong bantu dalam kebaikan, tidaklah rugi kita sekiranya bersatu dalam perkara2 yang baik, di samping itu dapat faedah kebaikan bersama, InsyaAllah. Di sini ansbisnezhome mengingatkan supaya bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa.

"Segala-galanya bermula dari rumah"..................


No comments:

Post a Comment